AS sedia pelan lengkap tamatkan perang Israel-Hamas

AS sedia pelan lengkap tamatkan perang Israel-Hamas

SEORANG kanak-kanak perempuan duduk di bahagian hadapan sebuah kenderaan membawa beberapa penduduk serta barangan mereka ketika berpindah menuju ke selatan Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Aktivis yang menjadi pengantara pentadbiran Presiden Donald Trump dan kumpulan Hamas mendedahkan cadangan gencatan senjata terakhir yang sedang dipertimbangkan kini melibatkan satu perjanjian menyeluruh tajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang dan membebaskan semua tebusan yang ditahan di Gaza.

Perkara itu didedahkan aktivis politik Palestin-Amerika, Bishara Bahbah dalam wawancara bersama saluran berita Arab Saudi, al-Arabiya baru-baru ini.

“Apa yang saya tahu, terdapat satu mesyuarat di Washington yang berlangsung selama enam jam dan sudah diputuskan dalam perbincangan itu, hanya akan ada satu cadangan terakhir di atas meja iaitu pembebasan semua tebusan dan penamatan perang,” jelasnya.

Bishara bukan anggota rasmi pasukan perunding AS tetapi berperanan sebagai penghubung antara pentadbiran Trump dan Hamas.

Katanya, perang boleh ditamatkan dalam masa dua minggu jika kedua-dua pihak serius dalam rundingan dan mendakwa terdapat lebih banyak tanda positif berbanding sebelum ini.

Beberapa jam sebelum kenyataan itu, Hamas turut mengumumkan kesediaannya untuk menerima perjanjian menyeluruh itu, namun Israel segera menolak kenyataan tersebut sebagai propaganda semata-mata.

“Saya sudah menghubungi Hamas mengenai cadangan tersebut, namun pada awalnya kumpulan itu ragu-ragu kerana tidak pasti ia rasmi atau tidak.

“Tetapi selepas pegawai Hamas melihat hantaran media sosial Trump yang menggesa penamatan perang, mereka yakin ia rasmi dan segera menyatakan persetujuan terhadap cadangan ini,” katanya.

Hamas dalam kenyataannya pada Rabu menyatakan kesediaan untuk menyertai satu perjanjian menyeluruh di mana semua tahanan musuh yang ditahan oleh pihak penentangan akan dibebaskan sebagai pertukaran bagi sejumlah tahanan Palestin yang dipersetujui.

Kumpulan itu juga berkata, mereka bersedia menubuhkan pentadbiran nasional bebas yang dianggotai pakar teknokrat untuk mentadbir Gaza.

Kenyataan Hamas itu dikeluarkan selepas Trump memuat naik mesej di rangkaian sosialnya, Truth Social.

“Beritahu Hamas supaya segera memulangkan semua 20 tebusan, bukan dua, lima atau tujuh dan keadaan akan berubah dengan pantas. Segalanya akan tamat!” kata Trump.

Bishara turut memaklumkan Trump sedang berusaha memberi tekanan kuat ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menerima perjanjian itu dan menamatkan perang, mesej sama yang disampaikan kepada Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×