KUALA LUMPUR: Pelancaran MSPO Impact Alliance oleh Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dijangka membantu memperkukuh dan memposisikan kepimpinan Malaysia dalam pengeluaran minyak sawit mampan di peringkat antarabangsa. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penubuhan ini penting untuk mempercepat transformasi industri sawit Malaysia agar selaras dengan tuntutan pasaran global yang menekankan kelestarian dan tanggungjawab sosial. Katanya, MSPO Impact Alliance itu disokong oleh 28 ahli pengasas termasuk syarikat…