MIC perlu berani buat keputusan

MIC perlu berani buat keputusan

P. RAMASAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIC perlu menunjukkan pendirian jelas sama ada kekal bersama Barisan Nasional (BN) atau memilih haluan baharu dalam politik tanah air.

Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy berkata, hubungan sejarah panjang antara MIC dengan BN dilihat menjadi faktor utama yang menjadikan keputusan untuk meninggalkan gabungan itu bukan sesuatu yang mudah.

Katanya, walaupun ikatan lama itu memberi cabaran besar kepada MIC, parti tersebut tidak boleh terus berada dalam dilema tanpa membuat keputusan jelas mengenai hala tuju politiknya.

“Harus diakui, MIC berdepan pilihan sukar. Jika parti itu terus dinafikan penghormatan dan maruah dalam BN, maka apakah pilihan sebenar yang tinggal?

“Sekiranya MIC benar-benar mahu keluar daripada BN, menghadiri muktamar PAS adalah langkah yang logik selepas mereka sebelum ini sudah menghantar wakil ke Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mempersoalkan alasan Pemuda MIC yang mendakwa tidak dapat hadir ke Muktamar Pas di Kedah kerana jemputan diterima pada saat akhir.

“Notis memang singkat, tetapi memandangkan lokasi muktamar itu hanya beberapa jam dari Kuala Lumpur, alasan tersebut kelihatan kurang meyakinkan,” katanya.

Menurut Ramasamy, tidak dapat dipastikan sama ada wujud perbincangan tertutup antara MIC dan UMNO selepas penyertaan MIC dalam PAT Bersatu serta sebelum jemputan Pas diterima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN