Mesin basuh tidak boleh berfungsi jika Zara Qairina dimasukkan

Mesin basuh tidak boleh berfungsi jika Zara Qairina dimasukkan

PAKAR patologi menjadi saksi pertama inkues kematian Zara Qairina yang bermula semalam. - IHSAN SABAH MEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pakar patalogi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu memberitahu sebuah mesin basuh yang biasa digunakan digunakan di rumah tidak akan berfungsi dengan beban muatan seberat 53 kilogram (kg).

“Saya ada melihat mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian. Ia adalah mesin basuh kegunaan rumah dan bukannya mesih basuh industri. Saya tidak memeriksa saiz drum mesin basuh tetapi dimaklumkan bahawa berat si mati (Zara Qairina) adalah lebih kurang 53kg.

“Saya tidak pasti sama ada seseorang seberat 53kg boleh dimuatkan ke dalam mesin basuh itu tetapi saya tidak fikir mesin basuh itu akan boleh berfungsi dengan beban berat sedemikian,” katanya pada hari kedua inkues bagi mencari punca kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Pada prosiding hari ini juga, Dr. Hiu turut membuat demonstrasi di depan Koroner Amir Shah Amir Hassan bagaimana remaja itu boleh jatuh.

Pelbagai spekulasi muncul sejak kisah kematiannya tular termasuk kononnya remaja itu menemui ajalnya selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN