Mental saya jatuh ke tempat paling dalam - Siti Saerah - Utusan Malaysia

Mental saya jatuh ke tempat paling dalam – Siti Saerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Seeloknya saya kunci mulut sahaja.”

Demikian respons penyanyi, Siti Saerah, 42, berhubung hantaran media sosial bekas suaminya, Saiful Anuar yang tular baru-baru ini.

Jelas Siti Nursairah Tarudin, dia memilih untuk tidak mencanang perihal keluarga kepada umum demi kebaikan mental anak-anak.

“Kalau boleh saya tak mahu komen mengenai perkara itu. Saya lebih utamakan mental anak-anak, lebih-lebih lagi Ahmad Daiyan atau Amad yang sekarang ini perlu fokus untuk pertandingan Talk To My Manager.

“Hal keluarga tidak perlu saya ceritakan kepada umum. Dan ianya tidak wajar diperbesarkan.

“Saya selagi boleh simpan sendiri sahaja mengenai keluarga demi menjaga perasaan anak-anak. Mereka semakin membesar. Jadi saya harap, cukuplah,” katanya.

Saerah berkata demikian selepas konsert minggu ke-5 rancangan Talk To My Manager, semalam.

Terdahulu, Saiful baru-baru ini menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa kononnya muncul pihak tertentu (yang tidak dinamakannya) cuba mengeruhkan hubungannya dengan anak-anaknya.

Saiful pada masa yang sama menegaskan yang dia bukan seperti pihak berkenaan yang dakwanya ‘memakan’ duit anak-anaknya.

Mengulas lanjut, Saerah berharap isu dalaman keluarganya tidak terus dimainkan dan dicanang mana-mana pihak.

“Allah sudah tentukan takdir hidup hamba-hambanya. Orang lain tak tahu apa yang saya lalui. Saya berdiam sahajalah, biarkan pihak di sebelah sana berkata apa pun.

“Sebenarnya mental saya sudah jatuh ke tempat yang paling dalam. Tapi saya kena kuat demi anak-anak, tak boleh tunjuk yang saya sedih. Jadi kepada pihak sebelah sana, cukuplah,” kongsinya.

Saerah dalam masa yang sama mengharapkan doa semua pihak agar anaknya, Amad diberi kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik dalam rancangan Talk To My Manager.

“Sebenarnya keadaan Amad sangat okey. Biasalah, kanak-kanak ini, ada masanya kita tak tahu perasaan mereka bagaimana.

“Apa yang saya harapkan adalah doa semua pihak supaya mental dan fizikal Amad kuat untuk bertanding,” kongsinya lagi.

Konsert minggu ke-5 Talk To My Manager menyaksikan Amad jatuh di kedudukan keempat dengan markah 72.33 peratus.

Konsert malam semalam juga menyaksikan langkah penyanyi Sharifah Zarina dan anaknya, Athalia terhenti apabila mereka berada di kedudukan tercorot dengan markah 64 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN