Melaka rai delegasi dunia di acara pembuka tirai WTD, WTC 2025

Melaka rai delegasi dunia di acara pembuka tirai WTD, WTC 2025

AB Rauf Yusoh meraikan delegasi dari 159 negara pada Majlis Makan Malam Sambutan Selamat Datang sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 di Encore Melaka, malam tadi. UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 150 delegasi dunia diraikan dalam majlis makan sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 di sini malam tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, majlis makan malam itu menjadi simbolik kepada pembukaan rasmi sambutan pelancongan dunia di Melaka.

“Malam ini menjadi simbolik kepada bermulanya kemuncak sambutan WTD 2025 dan WTC 2025 yang bakal melonjakkan imej Melaka di mata dunia,” katanya kepada pemberita.

Majlis turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau dalam pada itu mengajak orang ramai khususnya warga Melaka untuk hadir memeriahkan acara besar-besaran sepanjang hujung minggu ini.

“Esok (hari ini) kita bakal menyaksikan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 di Encore Melaka dengan pelbagai acara sampingan termasuk persembahan flashmob zapin oleh lebih 3,000 penari dan formasi 1,000 dron mewarnai langit Melaka.

“Selain itu, pelbagai tarikan menanti pengunjung seperti Karnival WTD, Pesta Konda-Kondi Negeri Melaka, Karnival Usahawan, Pesta Layang-Layang Antarabangsa serta Pameran Khas Pelayaran Bersejarah Wira Laut Dunia: Enrique de Malaca yang berlangsung hingga hujung bulan ini. Melaka sudah bersedia menyambut tetamu dari seluruh dunia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN