KUALA LUMPUR: MATTA Fair Kebangsaan kembali untuk pusingan kedua tahun ini dengan pembaharuan yang lebih segar, mesra alam dan berfokuskan pelancongan hijau serta lestari. Edisi ke-57 pameran pelancongan terbesar negara itu akan berlangsung pada 5 hingga 7 September ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dengan kemasukan percuma kepada pengunjung. Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong berkata, penganjuran kali ini akan memberi…