Masih terlalu awal tentukan ‘poster boy’ UMNO Sabah

Masih terlalu awal tentukan ‘poster boy’ UMNO Sabah

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: UMNO beranggapan masih terlalu awal untuk menentukan ‘poster boy’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini parti masih membuat sebarang keputusan untuk menamakan calon Ketua Menteri Sabah bagi menghadapi PRN di negeri tersebut.

“Parti belum buat keputusan. Saya ingat semua orang berhasrat untuk jadi pemimpin tertinggi, tetapi itu pun jawapan yang berasaskan kepada soalan sebagainya. 

“Tapi soal itu (calon Ketua Menteri) terlalu awal, premature. Itu sahaja saya boleh kata,” katanya pada sidang media selepas Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan bersama Pegawai Kadet Palapes di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang secara terbuka meminta pengundi negeri itu mempertimbangkannya sebagai calon Ketua Menteri.

Sebuah portal semalam melaporkan Bung Mokhtar secara terus terang memohon pengundi negeri itu mempertimbangkannya sebagai Ketua Menteri, menjelang persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, rakyat Sabah harus menilai rekod prestasi pemimpin yang mengintai jawatan itu, terutama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berikuan pentadbiran pimpinan Gabungan Rakyat Sabah dikatakan sering mendapat kritikan.

Enggan mengulas lanjut, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu terlalu awal untuk dibincangkan mengambil kira parti belum memuktamadkannya. 

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada penghujung September ini, sekali gus membuka laluan kepada PRN-17 yang bakal menyaksikan pertarungan sengit merebut 73 kerusi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×