PENAMPANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap rumahnya di Kampung Sarapung dekat sini, semalam ditemukan maut tertimbus, pagi tadi. Mangsa warga emas berusia 97 tahun itu ditemui anggota bomba bawah runtuhan tanah di tingkat bawah rumahnya dan berjaya dikeluarkan pukul 10.45 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, pihaknya yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bertindak membersihkan kawasan runtuhan tanah…