PETALING JAYA: Malaysia dan Timor-Leste mencapai kesepakatan untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor strategik termasuk perdagangan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan keselamatan, selaras dengan usaha Timor-Leste menyertai ASEAN sebagai anggota ke-11. Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao berkata, lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu merupakan detik bersejarah yang memperkukuh hubungan dua hala sejak hubungan diplomatik dimeterai pada 2002. “Kami berbincang dalam suasana mesra dan produktif,…