KUALA LUMPUR: Malaysia berada di barisan hadapan dalam usaha memodenkan sistem audit negara. Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Md Radzi justeru menyeru komuniti audit dalaman di seluruh dunia agar bangkit bersama menghadapi cabaran era ‘polikrisis’ (krisis besar serentak atau bertindih) yang semakin mencabar. Beliau berkata, juruaudit bukan hanya berperanan untuk menilai masa lalu, tetapi membentuk masa depan, memperkukuh kepercayaan, melindungi sumber awam dan membina institusi yang berdaya…