KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan bersama kepimpinan Thailand dan Kemboja berhubung perkembangan terkini di sempadan kedua-dua negara itu. Perdana Menteri berkata, perbincangan tersebut dilakukan bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet semalam. “Saya dah bincang semalam. Saya dah bincang dengan Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja berhubung perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab…