GEORGE TOWN: Malaysia berpotensi muncul sebagai hab pendaratan ikan tuna terbesar di rantau ASEAN berikutan langkah kerajaan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat utama industri itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah strategik itu akan membuka lembaran baharu dalam sektor perikanan negara yang sebelum ini hanya menjadikan tuna sebagai pendaratan sampingan. Katanya, potensi industri tuna amat besar dengan pasaran global kini bernilai kira-kira USD42 bilion setahun…










