KEMAMAN: Kerja-kerja melupuskan sisa gas butana yang bocor di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, di Kerteh, di sini dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga hari. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, lima daripada tujuh alat pengesan gas yang dipasang Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Petronas menunjukkan bacaan kosong, kecuali di muka terowong iaitu lokasi…