Lima momen terbaik Emmy Awards 2025 - Utusan Malaysia

Lima momen terbaik Emmy Awards 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK 1949, anugerah berprestij Emmy atau Emmy Awards 2025 meneruskan penganjurannya untuk edisi ke-77 bagi mengiktiraf kecemerlangan program yang dihasilkan dalam industri televisyen. 

Ribuan penggiat seni dibarisi pelakon, penulis, dan pengarah terkemuka dunia hadir meraikan anugerah tersebut yang diadakan di Peacock Theater, Los Angeles, baru-baru ini. Masing-masing berharap dapat membawa pulang anugerah untuk kategori utama iaitu Siri Drama Terbaik, Siri Komedi Terbaik dan Siri Terhad/ Antalogi Terbaik.

Bagaimanapun, tahun ini tidak kalah juga menariknya apabila ada sahaja momen lucu, aneh dan tegang yang berlaku sepanjang majlis anugerah tersebut. Berikut kami senaraikan lima perkara yang menjadi buah mulut masyarakat untuk edisi kali ini.

Owen Cooper menang pelakon paling muda

Pada usia 15 tahun, Owen Cooper menjadi pemenang termuda lelaki untuk kategori Outstanding Supporting Actor in a Limited Series. Kali pertama dalam sejarah Emmys seorang remaja mendapat pengiktirafan sebegini, ia mendapat sambutan hangat kerana menunjukkan bahawa bakat muda mampu menonjol jika diberi peluang. Dalam ucapannya, Cooper menyebut dirinya bukan sesiapa tiga tahun lalu. Warganet mula berseloroh mengatakan memang budak 12 tahun sepatutnya begitu, belum jadi apa-apa lagi. 

Ucapan beremosi Hannah Einbinder 

Ini antara momen yang tular seluruh dunia apabila pelakon Yahudi, Hannah Einbinder memakai pin “Artists4Ceasefire”. Bukan itu sahaja, semasa menerima anugerah Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series dia juga sempat melaungkan “Free Palestine” secara spontan di akhir ucapannya. Tindakannya mengundang pelbagai reaksi ada yang anggap dia berani, namun ada juga beranggapan dia mengganggu senario formal majlis itu. Namun bagi Einbinder, sebagai seorang individu berketurunan Yahudi, dia merasa bertanggungjawab untuk membezakan antara agama dan budaya Yahudi dengan tindakan kerajaan Israel.

Sofía Vergara terkena alergi pula

Vergara sepatutnya menjadi salah seorang penyampai anugerah pada malam tersebut, tetapi terpaksa digantikan oleh pelakon Malin Åkerman dan Brittany Snow. Namun begitu, beberapa jam sahaja sebelum acara bermula Vergara mengalami alergi di bahagian mata. Dia mengalami simptom seperti mata merah, bengkak, dan sakit, yang memaksanya untuk mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Reunion Gilmore Girls 

Gilmore Girls merupakan siri komedi popular di Amerika Syarikat yang ditayangkan semalam tujuh musim. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 siri tersebut. Kehadiran pelakonnya, Lorelai Gilmore dan Rory Gilmore menyampaikan anugerah untuk kategori Outstanding Writing for a Comedy Series mengimbau semula nostalgia peminat siri itu. 

The Studio bolot anugerah Emmy

Drama bersiri The Studio memenangi 13 trofi Emmy untuk pelbagai kategori menjadikannya diri komedi dengan kemenangan terbanyak untuk satu musim tayangan dalam sejarah. produksi The Studio bukan sahaja bagus dari segi pelakon dan penulisan, tetapi juga aspek­‑aspek visual dan bunyi, reka bentuk, penyuntingan, kostum, dan elemen belakang tabir lain sangat kuat. Walaupun ia komedi, namun penuh dengan satira terutama untuk industri belakang tabir. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN