PETALING JAYA: Cadangan menempatkan laluan Pra Universiti seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program matrikulasi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) disifatkan langkah tepat bagi memastikan penyelarasan kemasukan ke universiti lebih teratur. Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, sebelum 1998, matrikulasi sebenarnya diuruskan oleh universiti-universiti besar seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan UKM sendiri. “Selepas 1998, kerajaan mengambil keputusan untuk menyatukan semua…