LAWAS: Seorang lelaki warga emas hilang dipercayai dibaham buaya ketika mandi di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Siang-Siang Laut, Terusan di sini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.48 petang semalam, setelah usaha pencarian mangsa yang dibuat oleh penduduk kampung menggunakan perahu di sepanjang sungai berkenaan gagal. “Mangsa dikatakan mandi di jeti sungai berdekatan rumahnya kira-kira pukul 5.30 petang. “Bagaimanapun, mangsa tidak…










