KLANG: Mayat seorang lelaki disyaki dibunuh dengan beberapa kesan kecederaan ditemukan di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat dalam keadaan terbaring itu daripada orang awam, kira-kira pukul 3.30 pagi tadi. Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 33 tahun. “Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa kesan kecederaan pada mangsa. “Mayat…