KUANTAN: Kehadiran penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini menjadi keperluan mendesak berikutan lebih 600 kes lemas direkodkan setiap tahun di seluruh negara. Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, Malaysia mempunyai garis pantai sepanjang 4,800 kilometer yang indah tetapi penuh risiko. “Sejak 2009, APM menangani lebih 12,000 kes kecemasan pantai seluruh negara. Justeru, keberadaan penyelamat pantai APM dianggap semakin mendesak bagi melindungi nyawa rakyat serta meningkatkan keselamatan pelancong.…