PETALING JAYA: Lebih 120 syarikat dan konglomerat utama China menyatakan keyakinan terhadap potensi kerjasama dengan Malaysia, sekali gus mencerminkan hubungan dua hala yang semakin kukuh antara kedua-dua negara. Perkara itu dizahirkan dalam Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia–China yang berlangsung di Beijing petang tadi dengan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, Malaysia komited memperkukuh hubungan strategik dengan China menerusi peluasan kerjasama perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam sektor berimpak…