KOTA BHARU: Harga terendah ikan selayang di Kelantan sekarang adalah RM2.50 sekilogram bergantung kepada saiz dan tahap kesegarannya. Harga ikan-ikan lain juga dijangka turun berikutan bekalan berlebihan apabila pemborong membawa masuk ikan dari Thailand dan Singapura yang mengalami lambakan pendaratan. Setiausaha Persatuan Pemborong dan Penjual Ikan Kelantan, Mohamad Adan Ahmad Tarmizi berkata, senario itu turut disebabkan pendaratan besar-besaran oleh nelayan tempatan. “Bila berlaku lambakan, ada peniaga mula menjual dengan harga…