KUSKOP salur sumbangan CSR RM200,000 bantu mangsa bencana alam di Sabah

KUSKOP salur sumbangan CSR RM200,000 bantu mangsa bencana alam di Sabah

Aerotree saman kerajaan ekoran pembatalan Black Hawk MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI -yul [email protected] PETALING JAYA: Syarikat tempatan, Aerotree Defence and Services Sdn. Bhd. memfailkan saman RM353 juta terhadap kerajaan ekoran pembatalan sewaan lima tahun melibatkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika Syarikat (AS). Memetik laporan The Edge, saman difailkan melalui firma guaman Messrs Hafarizam, Wan Aisha & Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menamakan Kementerian Pertahanan dan Ketua Setiausahanya sebagai defendan. Aerotree Defence memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan Kementerian Pertahanan dan kerajaan untuk meneruskan perjanjian pajakan helikopter berdasarkan surat penerimaan bertarikh 17 April 2023 Jika perjanjian tersebut tidak dapat dilaksanakan, syarikat itu memohon ganti rugi khas RM17.5 juta, ganti rugi tambahan RM38.7 juta, dan pampasan RM297.3 juta. Ia juga menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk. Aerotree juga memohon supaya kerajaan dihalang daripada menggunakan jaminan bank RM1.87 juta, serta satu pengisytiharan bahawa penamatan pada 31 Oktober 2024 adalah tidak sah dan batal. Dalam penyataan tuntutan setebal 31 muka surat itu, syarikat berkenaan menyatakan kerajaan telah bersetuju untuk menyewa empat helikopter bernilai RM187.5 juta di bawah inisiatif pembiayaan swasta, dengan syarikat tersebut akan memiliki, mengendalikan, dan menyelenggara pesawat berkenaan. Di bawah perjanjian itu, dua helikopter sepatutnya dihantar dalam tempoh enam bulan selepas surat setuju terima, manakala dua lagi dalam tempoh sembilan bulan. Aerotree juga telah menyediakan bon pelaksanaan RM1.87 juta yang dijamin Perwira Affin Bank. Syarikat itu berkata, ia telah menandatangani perjanjian dengan Havelsan dari Turki bagi latihan simulator untuk 14 juruterbang tentera darat, serta dengan akademi latihan dari Slovakia untuk membeli dan menaik taraf helikopter berkenaan. Namun, katanya, penghantaran tertangguh disebabkan pengubahsuaian teknikal, keperluan latihan juruterbang, serta gangguan rantaian bekalan akibat perang Russia-Ukraine. Pihak syarikat telah memohon tiga kali lanjutan sehingga 30 Oktober 2024, namun ia masih tertakluk kepada penalti kelewatan penghantaran. Syarikat itu juga mendakwa kementerian gagal membantu mendapatkan pinjaman daripada SME Bank, yang ketika itu sedang melalui penyusunan semula lembaga pengarah. Katanya, pertukaran menteri pertahanan turut menangguhkan urusan dokumen. Pada 31 Oktober 2024, Aerotree menerima surat penamatan kerana gagal menyerahkan helikopter tersebut. Ia berkata, tindakan itu tidak adil sambil berhujah bahawa helikopter berkenaan telah pun didaftarkan dengan Jabatan Negara AS dan sedang menunggu kelulusan eksport di bawah Peraturan Trafik Antarabangsa dalam Senjata. Syarikat itu berhujah, penalti sepatutnya dikenakan, bukannya pembatalan, selain mendakwa penamatan dibuat melanggar terma surat setuju terima yang menghendaki rundingan dibuat terlebih dahulu. Aerotree juga mendakwa, dokumen pembiayaan utama iaitu surat ikatan kemudahan dikemukakan kepada bahagian perundangan kementerian pada Jun 2024, namun tiada tindakan diambil. Syarikat berkenaan mendakwa, kerajaan kemudiannya telah merampas bon pelaksanaan RM1.87 juta dan mengabaikan surat rayuan dihantar pada Disember 2024. Ia berkata, tindakan itu menjejaskan reputasinya dan mendedahkannya kepada tindakan undang-undang daripada pembekal di Slovakia. Ia juga menyatakan bahawa kementerian mengeluarkan tender baharu bagi penyewaan helikopter pada 4 Ogos 2025 bernilai RM185.2 juta, yang akan ditutup pada 23 September ini. Walaupun Aerotree layak untuk memohon semula, katanya, tiada jaminan kejayaan dan ia memberi amaran mengenai kemungkinan halangan yang sama berulang. Dengan kelulusan eksport kini telah diperoleh, Aerotree berkata, penamatan itu dilakukan dengan niat tidak baik, yang menyebabkan kerugian kewangan dan reputasi yang besar. Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 23 Oktober ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Tujuh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan sumbangan bernilai hampir RM200,000 bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah. Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, bantuan berupa bakul makanan, ubat-ubatan serta keperluan harian lain termasuk lampin pakai buang telah mula diagihkan kepada mangsa di Penampang, Kadamaian dan Papar. “Sebahagian lagi akan dilakukan secara berfasa sehingga semua sumbangan selesai diagihkan kepada 1,907 penerima. Ia merupakan tanggungjawab…

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN