BATU PAHAT: Ancaman Spesies Asing Invasif (IAS) seperti kumbang Badak Guam (Oryctes Rhinoceros Biotip Guam) dan Kumbang Merah Palma (Rhynchophorus Ferrugineus) berisiko menjejaskan hasil, pendapatan pekebun kecil serta memberi kesan besar kepada industri komoditi negara. Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori), Mat Iesak Ngathinee berkata, ancaman spesies asing invasif ini bukan sahaja mencabar daripada sudut biologi dan ekologi, malah membawa implikasi besar terhadap ekonomi, sosial serta alam sekitar negara.…










