PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan peruntukan pembangunan berjumlah lebih RM34 juta bagi membantu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara pada tahun ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM14.4 juta diperuntukkan untuk menyelenggara infrastruktur serta kemudahan di 61 SMKA. Katanya, sebanyak RM19.6 juta lagi disalurkan kepada SABK bagi tujuan naik taraf dan penambahbaikan fasiliti untuk kegunaan murid, guru…