PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membentangkan Kertas Putih di Parlimen berhubung trend peningkatan jumlah guru yang memilih untuk bersara awal. Ketua Penerangan Gerakan, Wendy Subramaniam berkata, fenomena itu mencerminkan wujudnya masalah sistemik dalam sistem pendidikan negara terutama selepas pengenalan norma baharu digitalisasi yang dilihat menambah beban kerja guru dengan ketara. “Guru semakin terbeban dengan tugasan pentadbiran dan digitalisasi bertindih sehingga hilang fokus mendidik di…