KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hanya mempunyai lima Pakar Perubatan Keluarga (FMS) dengan subkepakaran kanak-kanak (child health) yang ditempatkan di klinik kesihatan seluruh negara ketika ini manakala tiga lagi sedang menjalani latihan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, semua pakar itu ditempatkan di beberapa negeri termasuk dua di Sabah. “Buat masa ini terdapat lima FMS dengan subkepakaran kanak-kanak dan tiga lagi sedang dalam latihan. “KKM mengakui wujud jurang…










