KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor, Wayne Ong Chun Wei mengumumkan pengunduran dirinya selepas tiga tahun memegang jawatan itu sekali gus menyerahkan amanah kepemimpinan sayap berkenaan kepada barisan baharu. Beliau berkata, perjalanan sepanjang menerajui DAPSY Selangor bukanlah sesuatu yang mudah kerana berdepan dengan pelbagai cabaran, kritikan dan kekangan. Katanya, semangat persahabatan serta setiakawan yang ditunjukkan semua ahli merupakan perkara yang amat dihargainya sepanjang menggalas tanggungjawab tersebut. “DAPSY Selangor…