KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan melibatkan seorang pegawai kanannya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut daripada SPRM berhubung kes tersebut. “Setakat ini, saya ingin nyatakan bahawa DBKL memberikan kerjasama penuh dari segi penyiasatan. “Namun sehingga kini, saya belum menerima sebarang laporan rasmi…