Kes dadah pemandu bot terbalik Pulau Perhentian disebut semula 1 Oktober

Kes dadah pemandu bot terbalik Pulau Perhentian disebut semula 1 Oktober

AZRIE Yazid ketika hadir ke Mahkamah Majistret Besut, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Sebutan semula kes berkaitan dadah pemandu bot yang terbabit dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian, di sini  pada 28 Jun lalu ditetapkan pada 1 Oktober ini. 

Majistret Nurliyana Md. Zukri membuat keputusan itu apabila  laporan patalogi tertuduh belum diperoleh selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Najah Azhar. 

Tertuduh, Azrie Yazid, 22, sebelum ini  mengaku bersalah di atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan di hadapan majistret yang sama pada 3 Julai lalu. Mengikuti pertuduhan, dia didapati memasukkan dadah ke dalam badan disyaki jenis Nimetazepam di pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, kira-kira 10.05 minit pagi pada 29 Jun 2025. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini media melaporkan bot dipandu suspek membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun terbalik selepas dipukul ombak besar dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar, kira-kira pukul 10.30 malam pada 28 Jun lalu.

Kejadian itu mengakibatkan S Arumugam, 40 tahun dan anaknya Sarrvihka Arumugam, 3, serta V. Vennpani, 10,  maut di lokasi kejadian manakala seorang kanak-kanak berusia tahun cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×