ALOR GAJAH: Taktik seorang lelaki menjadikan kereta Honda Jazz sebagai ‘stor bergerak’ menyimpan bekalan dadah membawa padah apabila dia diberkas polis bersama 1,500 peket heroin di Jalan Industri Rumbia di sini, Jumaat lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.10 pagi ketika sedang menunggu pelanggan di hentian bas. “Pemeriksaan ke atas kereta suspek menemukan 1,500 peket plastik…










