PASIR MAS: Dua bekas tentera berdepan hukuman penjara selama 14 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan menceroboh bilik koperasi dan bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Melintang, Jeli pada hujung bulan lalu. Tertuduh, Mohd. Izaman Sazli Che Noordin, 40 dan Mohd . Zulkifli Mat Ghani, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali. Mengikut pertuduhan pertama, mereka…










