Kerajaan perkukuh penglibatan GLC,GLIC dalam TVET 

Kerajaan perkukuh penglibatan GLC,GLIC dalam TVET 

Ahmad Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penglibatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar tanggungjawab sosial korporat, sebaliknya pelaburan strategik jangka panjang yang menjamin daya saing ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan hanya melahirkan pekerja mahir, malah membentuk modal insan berdaya saing yang mampu memenuhi permintaan industri masa kini.

Katanya, ia termasuk dalam bidang teknologi baharu, digitalisasi, kecerdasan buatan (Al) serta teknologi hijau.

“Sekretariat Majlis TVET Negara percaya bahawa kejayaan TVET hanya boleh dicapai melalui kerjasama erat antara kerajaan, industri, dan institusi latihan. 

“Dengan semangat kolaborasi ini, Malaysia mampu melahirkan tenaga kerja cekap, inovatif dan bersedia meneroka peluang baharu, sekaligus merealisasikan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 serta menjadikan Malaysia sebuah negara maju, inklusif, dan berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Sekretariat Majlis TVET Negara hari ini telah menganjurkan Sesi Perbincangan Meja Bulat (Roundtable Discussion) bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). 

Ia dipengerusikan sendiri oleh Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara.

Sesi ini merupakan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Julai 2025 yang bersetuju agar GLC dan GLIC memainkan peranan lebih aktif dalam memberi peluang latihan kepada pelajar TVET. 

Katanya, langkah ini penting bagi membolehkan TVET di Malaysia beralih daripada model yang dipacu oleh kerajaan, kepada model yang dipacu oleh industri.

Program ini jugai menyaksikan penyertaan kukuh pelbagai pihak meliputi 14 GLC, 1 GLIC, lima agensi kerajaan serta lapan institusi TVET. Antara GLC yang hadir termasuk PETRONAS, Prasarana Malaysia Berhad, Telekom Malaysia, TNB, dan Malaysia Aviation Group, sementara  Khazanah Nasional Berhad mewakili GLIC. 

Turut serta ialah agensi utama seperti MDEC, MITI, MIDA serta institusi TVET seperti Politeknik, Kolej Vokasional, ADTEC, GIATMARA dan Universiti DRB-HICOM.

“Kehadiran pelbagai kategori ini mencerminkan pendekatan whole-of-nation dalam memperkasa TVET bagi melahirkan tenaga kerja mahir berdaya saing,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×