Keputusan permohonan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf Jumaat ini

Keputusan permohonan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf Jumaat ini

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Jumaat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf akan diumumkan pada Jumaat ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). keputusan boleh disemak mulai 12.00 tengah hari hingga 14 September 2025, pada pukul 5.00 petang melalui pelbagai platform.

“Ini seperti berikut scara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my; melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

“Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 6 September hingga 14 September 2025 di laman web UA masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata KPT, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 6 September 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 5 September hingga 14 September 2025, pukul 5.00 petang.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN