KOTA BHARU: Keluarga pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai menjadi mangsa bunuh di sebuah sekolah di Kok Lanas, dekat sini pada 2013 menyifatkan kenyataan Peguam Negara memberi harapan baharu untuk mendapatkan pembelaan. Wakil keluarga, Ali Hanafiah Mohamed berkata, lebih sedekad keluarga menunggu untuk mendapatkan pembelaan dan kenyataan itu membantu meringankan beban derita ditanggung sejak sekian lama. “Duka derita ini sukar dibayangkan, apatah lagi diterjemah dengan…