Lima tahun tinggal bersama tanpa nikah, lahir dua anak tidak sah taraf.

Lima tahun tinggal bersama tanpa nikah, lahir dua anak tidak sah taraf.

ANGGOTA Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika membuat pemeriksaan ke sebuah rumah yang dihuni sepasang kekasih di sebuah rumah di Bandar Kluang, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sepasang kekasih yang tinggal seperti pasangan suami isteri sejak lima tahun lalu di sebuah rumah sewa di bandar ini ditangkap pihak Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana tidak mempunyai ikatan perkahwinan sah.

Sumber JAINJ dalam kenyataannya, pasangan itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas menerima aduan penduduk taman perumahan yang curiga dengan hubungan mereka walaupun menjalani kehidupan seperti sudah mempunyai ikatan.

Katanya, ketika pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, pihak penguat kuasa menemui seorang lelaki bujang dan seorang ibu tunggal masing-masing berusia awal 30-an serta dua orang kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil semakan daripada Surat Daftar Kelahiran kedua-dua kanak-kanak itu mendapati mereka dilahirkan di Hospital Kluang namun tiada nama ayah dicatatkan kecuali nama ibunya.

“Ini membawa maksud kedua-dua kanak-kanak itu adalah anak tidak sah taraf dipercayai hasil hubungan pasangan ini yang telah tinggal bersama selama kira-kira lima tahun,” katanya.

Menurut JAINJ, hasil siasatan awal wanita itu pernah bernikah dengan seorang lelaki di luar negara melalui satu ejen namun telah ditinggalkan oleh suaminya itu.

Ujarnya, sepanjang tempoh lima tahun itu tiada mana-mana pihak mengetahui mereka bukan pasangan suami isteri sehingga tampil seorang individu yang mahu mencegah kemungkaran di kawasan kediamannya.

“Bagi kesalahan perzinaan, pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan atau ketiga-tiganya sekali,”katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini