Kena sedar diri dan usaha lebih daripada mereka - Ammar - Utusan Malaysia

Kena sedar diri dan usaha lebih daripada mereka – Ammar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ammar berkongsi pengalaman jujurnya ketika menghadiri sesi uji bakat terbuka bagi filem aksi popular Polis Evo.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Ammar menceritakan detik apabila ada seseorang yang bertanya sama ada dia juga datang untuk uji bakat

Jawapannya cukup merendah diri, menggambarkan betapa sukarnya perjuangan pelakon yang tidak mempunyai pakej ‘hero’ seperti yang sering dilihat di dalam indsutri perfileman.

“Adik, ini sahaja platform untuk saya dapat kerja. Abang bukan macam artis lelaki lain yang kacak, elok, ada ‘6 packs’, dan muka hero remaja. Jadi abang kena sedar diri dan usaha lebih daripada mereka,” katanya dalam hantaran.

Di samping itu, Ammar turut menekankan keberanian mereka yang berani hadir ke uji bakat terbuka sebagai sesuatu yang patut dibanggakan.

“Untuk mereka yang tak pernah kenal erti putus asa, yang rajin datang sesi uji bakat terbuka, kamu semua memang ada keberanian dan hati yang besar sebab sanggup berhadapan dengan orang ramai yang langsung tak dikenali,” ujarnya.

Bagi Ammar, meskipun peluang masih belum tentu berpihak kepadanya, dia percaya rezeki tetap dalam aturan Tuhan.

“Insya-Allah, jika ada rezeki adalah tempat saya dalam perancangan-Nya. Tapi kalau tak ada, saya perlu ingatkan diri untuk terus berusaha,” tambahnya lagi.

Perkongsian ikhlas itu menerima reaksi positif pengikut yang kagum dengan semangat dan kerendahan hati Ammar dan ramai yang mendoakan agar dia terus kuat mengejar impian serta berjaya menempatkan diri dalam industri lakonan tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN