Kelebihan memihak JDT 2 namun Perak tidak gentar - Utusan Malaysia

Kelebihan memihak JDT 2 namun Perak tidak gentar

MOHD. AZHAR JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Segala kelebihan berpihak kepada pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2 dalam perlawanan Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini.

Bagaimanapun pasukan pelawat, Perak FA tidak gentar dengan keadaan itu sebaliknya Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Azhar Jamaluddin percaya pemain pasukan Kejor Yob Kejor tampil dengan semangat juang kental untuk memburu kejayaan.

“Kelebihan untuk JDT 2 kerana mempunyai pemain berwibawa serta pemain import yang bagus.

“Begitupun semua ini tidak melemahkan Perak. Jika perancangan dan strategi jurulatih menjadi, tidak mustahil Perak FA akan bawa balik mata .

“Semua ada peluang untuk menang, pemain Perak FA tidak kurang hebat juga, ” katanya.

Katanya, Perak FA akan menampilkan tiga pemain import dengan kehadiran pemain ketiga mereka.

Pemain itu ialah Emewulu Ekene Victor, penyerang muda berusia 20 tahun

“Perak FA akan mempersembahkan permainan terbaik dan memenangi perlawanan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN