KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyokong cadangan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat yang memberi pandangan agar peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes rogol membabitkan hubungan suka sama suka melibatkan remaja bawah umur dikaji semula. Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, beliau melihat cadangan tersebut sebagai satu langkah ke arah mewujudkan keadilan bagi pelaku lelaki dan perempuan. Menurutnya, ia merupakan satu pendekatan yang wajar dipertimbangkan secara serius…










