KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan belum mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja perobohan jeti atau pangkalan haram di Sungai Golok, dekat sini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, berdasarkan bentuk muka bumi di kebanyakan lokasi pangkalan haram, sukar untuk merencanakan sebarang projek berikutan kawasannya sempit. Katanya, selain itu, jeti atau pangkalan haram terletak di kawasan yang memanjang selain berada di persisiran atau tebing sungai.…