GEORGE TOWN: Seorang pekerja bank mempunyai cara yang unik untuk menunjukkan rasa cintanya terhadap negara apabila melakukan ‘brisk walk’ atau berjalan kaki secara pantas sejauh 68 kilometer (km) sebagai simbolik sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-68 pada tahun ini. Ahmed Faisal Mohd Lazim, 50, memulakan perjalanannya secara solo kira-kira pukul 5 petang kelmarin di satu kawasan lapang berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum menamatkan lariannya di Padang Kota di…