KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mahu keadilan ditegakkan terhadap kematian Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai menjadi mangsa bunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas, dekat sini pada 2013. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan penuh berhubung kes berkenaan. “Kes ini serah kepada polis kerana ia di bawah bidang agensi berkenaan. Kita tidak…