PETALING JAYA: Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) yang ditandatangani Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama Perkhidmatan Kastam New Zealand menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh hubungan perdagangan dua negara ini sebagai rakan utama di rantau Indo-Pasifik. Majlis menandatangani perjanjian itu disempurnakan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin bersama Ketua Eksekutif dan Pengawal Perkhidmatan Kastam New Zealand, Christine Stevenson semalam. Melalui MRA ini, kedua-dua negara akan saling mengiktiraf program…










