BINTULU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan mati lemas di dalam parit di Jalan Sebaru di sini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 8.45 malam tadi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). “Pasukan keluaran operasi bertindak menggunakan teknik pencarian di permukaan air. “Mayat mangsa kemudian dijumpai pada jarak dua meter dari tempat…