KOTA BHARU:Seorang kanak-kanak yang cedera parah akibat dipukul dengan tukul di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini, kelmarin menerima lebih 50 jahitan pada kepalanya. Bapa mangsa, Muhammad Badrul Remli, 31, berkata, setakat ini, Muhammad Ammar, 7, tidak menjalani pembedahan yang serius di kepala dan jahitan dilakukan pada bahagian yang terkoyak. “Bahagian tempurung kepalanya mengalami keretakan sebanyak 50 peratus akibat dipukul bertubi-tubi dengan sebatang tukul. Muhammad Ammar ketika ini perlu…