PETALING JAYA: Kakitangan Trip.com Malaysia menyumbangkan 30 unit basikal baharu kepada komuniti Orang Asli di Pahang dalam usaha melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR). Lebih 65 orang kakitangan bekerjasama untuk memasang basikal yang dibeli dan aktiviti itu mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi syarikat untuk menyokong dan menaik taraf komuniti yang memerlukan di Malaysia. Pengurus Besar Trip.com Malaysia, Stephane Thong berkata, sumbangan basikal itu bukan sahaja menjadi kaedah pengangkutan baharu, ia…