Kaedah Pas tidak namakan sesiapa lebih berstrategi

Kaedah Pas tidak namakan sesiapa lebih berstrategi

AWANG HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas lebih selesa tidak menamakan mana-mana pemimpin mereka sebagai calon perdana menteri atau apa jua jawatan lain kerana mempunyai kaedah lebih berstrategi menghadapi lawan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, parti itu juga memiliki ramai calon untuk diketengahkan sebagai perdana menteri, namun perkara itu sebaiknya hanya dilakukan selepas menang pilihan raya.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya membuka ruang kepada pihak lawan untuk memerangkap mereka da­lam isu itu setelah Bersatu me­namakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11.

“Kita ada strategi tersendiri, buat apa buka ruang untuk lawan perangkap kita. Ada ramai tokoh dalam Pas untuk diangkat sebagai perdana menteri tapi kena cari jalan menang pilihan raya umum dulu, calon pilihan raya umum (PRU) pun kita belum ada lagi.

“Contohnya sebelum Pas menang di Terengganu dahulu, kita tidak tonjolkan sangat Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Menteri Besar di negeri itu.

“Begitu juga di Kedah, tiada siapa sangka Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor akan angkat sumpah sebagai Menteri Besar, walhal orang tidak kenal sangat pun beliau sebelum itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang berakhir kelmarin, meluluskan usul menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 mewakili parti itu, selain menyokong sepenuhnya kepemimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai presiden parti.

Menurut Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang, sebarang spekulasi mengenai calon atau kerjasama baharu sebelum pilihan raya hanya akan menguntungkan musuh politik.

“Kadang-kadang sesuatu per­kara itu nampak baik untuk kita tetapi jika kita seronok de­ngan pujian ia juga boleh memberi kesan negatif, sebab itu kita kena fikir dua kali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN