ALOR SETAR: Pas lebih selesa tidak menamakan mana-mana pemimpin mereka sebagai calon perdana menteri atau apa jua jawatan lain kerana mempunyai kaedah lebih berstrategi menghadapi lawan. Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, parti itu juga memiliki ramai calon untuk diketengahkan sebagai perdana menteri, namun perkara itu sebaiknya hanya dilakukan selepas menang pilihan raya. Katanya, Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya membuka ruang kepada pihak lawan untuk memerangkap mereka…










