PETALING JAYA: Jumlah pendaratan ikan di negara ini meningkat 1.39 juta tan metrik pada 2024 berbanding 1.27 juta tan metrik pada 2023, sekali gus menunjukkan perkembangan positif dalam industri perikanan tangkapan marin negara. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, peningkatan itu mencerminkan pemulihan sektor perikanan yang berterusan dan menyumbang kepada kelestarian bekalan makanan laut untuk rakyat. Beliau berkata, antara negeri penyumbang utama ialah Perak yang kekal sebagai negeri…










