KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan penurunan selepas beberapa hari mencatatkan peningkatan, apabila seramai 2,602 orang daripada 806 keluarga masih ditempatkan di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PKOB), angka itu berkurangan berbanding 3,325 penduduk daripada 964 keluarga yang direkodkan pada 4 petang semalam di 128 PPS. Enam daerah kekal terjejas iaitu Membakut, Beaufort, Penampang, Papar, Putatan dan…










