MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menuntut Badan Pengurusan Bersama (JMB) Dataran Pahlawan Megamall mengambil langkah segera bagi menyelesaikan masalah banjir berulang di Bazar Kraftangan. Menurut MBMB, punca utama masalah disebabkan kegagalan pam utama mengalirkan air keluar, sehingga menyebabkan sistem saliran tidak berfungsi dengan baik setiap kali hujan lebat. Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, kejadian itu bukan sahaja menjejaskan operasi harian peniaga malah memberi kesan buruk terhadap imej…